Thursday, February 24, 2011

24/02/2011

jam 0200

*setiap org melakukan kesilapan..jadi kita hendaklah belajar dari kesilapan itu dan tidak mengulanginya lagi..

*Allah pasti akan mengampunkan dosa2 hamba-Nya yang bertaubat..kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

*kalau kita akur akan perintah Allah..insyaAllah Dia akan mmberi petunjuk kepada kita..

*insyaAllah kalau kita ikhlas dalam ibadat..Allah akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan hati kita seperti seorang bayi yang baru lahir..

*sabar itu separuh daripada iman..

*lambat atau cepat niat baik kita pasti akan dimakbulkan dengan izinNya..

*elakkan daripada terburu2 dalam membuat keputusan..lakukanlah solat istikharah sekiranya sukar dalam membuat pilihan yang terbaik..

*Allah member kita akal kerana Allah nak kita fikir sebelum membuat keputusan dan berfikir tentang kebesaran Allah.. Allah Maha Besar..

21/02/2011

jam 1200

*kadang2 masa silam kita akan terus menghantui diri kita..

*tapi yang lagi teruk kalau kita menjerat orang yang tak berdosa dalam memori itu..

*sepatutnya kita mencari iktibar daripada masa silam kita supaya kita mendapatkan manfaatnya pada masa hadapan..

*apabila ada peluang yang hadir dalam hidup kita..gunakanlah peluang itu dengan sebaik2nya..

10/02/2011

jam 0000

*kdg2 kekeliruan dalam membuat keputusan akan menyebabkan kita rasa lemah..

*tapi..kita kena yakin bahawa Allah pasti akan membantu kita untuk membuat keputusan yang terbaik..

*stiap masalah pasti ada penyelesaiannya..

*rezeki dan peluang akan terbuka luas untuk kita seandainya kita yakin dan terus berusaha dan berdoa..

*tiada yang mustahil di dunia ini kerana Allah itu Maha Bijaksana..

09/02/2011

jam 2200

*kadang2 bla kita nak jadi yang terbaik kita gagal..tapi kita kena ingat bahawa kegagalan itulah punca kejayaan kita satu hari nanti..

*kita mesti menjadikan yang baik sebagai teladan dan buruk sebagai sempadan..

*sentiasalah berusaha..mencuba..berdoa dan berikhtiar.. InsyaAllah sekiranya Allah mengizinkan..kemahuan kita pasti akan termakbul..

21/12/2010

jam 0750

*elakkan bertindak mengikut emosi kerana kelak akan membinasakan diri..

*seandainya kita gagal..janganlah hilang keyakinan kepada Allah.. malah bangkitlah dengan mencari ikhtiar dan sentiasa bersama Allah dalam mencari sinar kebahagiaan dan kejayaan..

*seandainya kita berjaya janganlah pula kita riak, takbur dan sombong dgn kejayaan yang kita miliki.. tapi..kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat Allah dengan menggunakan nikmat itu ke jalan yang benar..

*sentiasalah bersama Allah di saat senang..susah..sakit ataupun sihat.. janganlah lupakan Allah walaupun sesaat.. Allah itu Maha Berkuasa..

18/12/2010

jam 2000

*semua orang tak sempurna..tapi try nak jadi sempurna..

*Allah bagi ujian untuk kita supaya kita betah hidup di dunia..

*jgn terlalu mengharapkan orang lain..tapi belajarla berdikari..

*tryla jadi diri sendiri dan mencari identity diri..

*buat sehabis baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara..

*bantulah seseorang yang memerlukan dan janganlah pentingkan diri..

*hidup tak selalu indah..jadi..kenala cari cara untuk mengindahkannya..

*dalam mencari Islam yang sebenar bukanlah sukar dan untuk menjadi seorang Islam yang sebenar bukanlah mudah..

*sbbnya Allah akan menguji keimanan kita..

11/02/2010

jam 0800

happy birthday dan selamat ulang tahun farahanis yang ke 17...

*itulah kata2 yang aku dengar dari awal pagi lagi..

*tak sangka Allah masih memberi aku peluang utk hidup di muka buminya sebagai seorang pengembara dan hamba-Nya..

*tak sangka orang yang kita nantikan..tiba2 muncul.. dan orang yang kita tunggu tak hadir..

*kadang2 kita kena terima apa yang kita tak suka dan terpaksa tolak perkara yang kita benci..

*hidup ni tak selalu indah..

*sbb kdg2 keindahan tu boleh jadi suram..

*apa2pun kita kena sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah bagi..

*lebih baik ada daripada kehilangan semuanya..

Tuesday, February 22, 2011

18/09/2010

jam 1050

*kadang-kadang kita akan rasa keliru atau tak tahu nak buat apa????

*pelik betul perasaan tu..

*apapun yang kita nak buat..semua tak jadi sebab kita rasa malas jer..

*rasa nak menangis..tak boleh..

*rasa nak marah..tak boleh..

*rasa nak ketawa..huh..tak de rasa langsung..

*kalau boleh kita mesti nak keseorangan sekarang supaya kita boleh berfikir betul2..

*walauapapun kita kena banyak berzikir sebab hati kita tak tenang.. sentiasalah mengingati Allah dalam apa jua keadaan kita berada.. jangan sesekali hilang keyakinan kepada-Nya..

17/09/2010

jam 0020

*saat kita rasa keseorangan, Allah sentiasa ada dalam hati kita dan bersama kita..

*kita tak pernah keseorangan kat dunia ni kerana Allah sentiasa perhatikan kita..

*setiap masalah ada penyelesaiannya dan pasti ada nikmat yang Allah kurniakan pada kita di sebalik masalah itu..

*setiap yang berlaku ada hikmahnya..


15/09/2010

jam 1415

*sepatutnya kita sebagai hamba Allah perlu menggunakan akal kita untuk berfikir cara mengatasi masalah dan bukannnya bertanya kenapa kita yang dapat masalah tu..

*Allah beri kita sesuatu masalah kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan Allah tahu kita pasti boleh menanganinya.. InsyaAllah..

14/09/2010

jam 1440

*kadang2 kenangan manis boleh jadi pahit, kenangan yang pahit boleh jadi manis.. walau apapun kita kenala mengambil pengajaran n iktibar dari semua kenangan kita tu..

13/09/2010

jam 19.30..

*segala keperitan dilalui bersama Allah yang Maha Mengetahui apa yang terjadi atas diriku, hambanya yang tak lari dari melakukan kesilapan..

jam 19.40..

*betul kata orang..kalau kita solat dengan ikhlas.. kita akan rasa lebih tenang dan mendamaikan..

*positifkan semua kejadian..do not think negative..